Pertandingan
Pertandingan ukiran buah-buahan dan sayuran merupakan pertandingan terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Pertandingan ini adalah secara individu dan perlu disiapkan dalam masa 2 jam dengan dibekalkan sebiji buah dan beberapa jenis sayuran terpilih. Hasil ukiran perlu di pamerkan untuk proses penjurian. Penganjur hanya menyediakan bahan kelengkapan asas ukiran seperti papan pemotong dan pisau ukiran sahaja. Pemarkahan hanya dikira kepada hasil yang disiapkan semasa hari pertandingan sahaja.