Kursus
Kursus ini menawarkan peluang kepada peserta untuk mempelajari cara membuat rantai kunci unik dan kreatif menggunakan bahan pipe cleaner. Peserta akan diajar pelbagai teknik membentuk pipe cleaner menjadi reka bentuk menarik seperti haiwan, bunga, atau corak abstrak. Melalui kursus ini, peserta akan mempelajari asas seni kraftangan, kreativiti dalam gabungan warna, serta cara menghasilkan produk akhir yang tahan lama dan sesuai dijadikan cenderamata atau produk jualan. Kursus ini sesuai untuk semua peringkat umur, terutamanya individu yang berminat dalam seni kraf tangan atau ingin mencipta hadiah buatan sendiri yang istimewa.