Pameran POLYCC & Industri adalah sebuah platform kolaborasi dinamik yang menghimpunkan institusi pendidikan dan pemain industri dalam satu ruang interaktif. Acara ini bertujuan untuk Memperkenalkan hasil penyelidikan, inovasi, dan projek pelajar dari politeknik dan kolej komuniti, menjalin kerjasama strategik antara institusi pendidikan dengan sektor industri bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dan menyediakan pendedahan kepada masyarakat tentang peluang pendidikan, latihan, dan kerjaya yang ditawarkan oleh politeknik, kolej komuniti, dan rakan industri. Pameran ini mencerminkan komitmen bersama untuk melahirkan tenaga kerja berkualiti yang bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan yang semakin kompetitif.
- Tarikh:14 - 16 Februari 2025
- Masa: 8.00 am - 6.00 pm
- Tempat: Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri
- Penganjur: Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
- Peserta: Terbuka
- Senarai Industri:
1. 36 Politeknik dan 105 Kolej Komuniti
2. Boomslang Solutions
3. Langkawi Development Authority (LADA)
4. Hospital Sultanah Maliha
5. Pejabat Kesihatan Daerah
6. Pertahanan Awam Daerah Langkawi
7. Tourism Malaysia (Langkawi)
8. Agensi Perhotelan
9. Kementerian Belia dan Sukan
10. Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan
11. Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE)
12. Government-Industry TVET Coordination Body
13. Malaysian Space Agency (MYSA)
14. Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT)
15. Technology Depository Agency Berhad
16. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
17. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs)
18. Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI)
19. Futurise National Regulatory Sandbox
20. Collaborative Research in Engineering, Science & Technology (CREST)