Program
Habaq Mai Podcast LIVE @ LANGKAWI adalah platform interaktif siaran langsung yang akan berlangsung sepanjang Karnival TVET 2025 di Dewan Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), Langkawi. Dengan objektif utama untuk merealisasikan Pelan Transformasi POLYCC, program ini bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan TVET, memperkasakan kebolehpasaran graduan, dan melahirkan bakat unggul dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional.
Sepanjang 3 hari karnival, para penonton akan berpeluang mengikuti perbincangan menarik secara langsung melibatkan tokoh industri, alumni TVET yang berjaya, dan pakar bidang pendidikan serta teknologi. Topik-topik yang diketengahkan selari dengan misi TVET untuk memacu transformasi POLYCC sebagai peneraju pendidikan latihan teknikal dan vokasional (TVET) bertaraf dunia.
Selain itu, program ini juga membuka ruang untuk peserta dan penonton berinteraksi secara langsung, berkongsi pandangan, dan mendapat inspirasi daripada panel jemputan yang berpengalaman. Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan sesi yang penuh dengan ilmu dan semangat transformasi TVET!