CiE-TVET 2020

-
Category
-
Author
-
-
0
-
14Oct, 2020
15 Oktober 2020 - CiE-TVET 2020 menutup tirainya pada 14 Oktober 2020 setelah berlangsung dari 13 Oktober 2020. Sejumlah 173 Kertas Penyelidikan telah dibentangkan dari pelbagai institusi pengajian terutamanya dari Politeknik dan Kolej Komuniti. Ianya dijayakan bersama di antara Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti bersama dengan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. PTSS memperkenalkan sistem PTSS CMS (Conference Management System) bagi menguruskan kertas kertas penyelidikan dari proses penerimaan sehinggalah persijilan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh KDYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail secara Rakaman Telesidang. Ianya dapat dijalankan dengan jayanya sekalipun menghadapi cabaran Pandemik COVID-19
Saringan di Bangunan Pentadbiran dilakukan bagi mematuhi arahan MKN
TECC 2 tempat berlangsungnya Perasmian secara Telesidang
Rakaman dokumentasi di Bilik Persidangan Selari
Taklimat Panel
Unit ITDC yang mengendalikan rangkaian Internet dan Komputer




Lagi berita di SUARA MERDEKA
Berita Jam 4 di BERITA JAM 4 RTM
Tahniah diucapkan kepada semua.