TAHAP PENERIMAAN ALAT WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDIN

  • Mas Guieta Aton
  • Sa’adiah Binti Mohamad
  • Rogayah Chat@Arshad
Keywords: Alat web 2.0, pengajaran dan pembelajaran, penerimaan

Abstract

Perkembangan teknologi masa kini semakin berkembang dengan pesat dan canggih. Proses pengajaran dan pembelajaran telah mula mengorak langkah dengan menggunakan alat web 2.0. Penggunaan alat web 2.0 merupakan salah satu kaedah yang agak efektif dan berkesan dalam menimba ilmu tidak kira peringkat umur dan kini menjadi satu alat pengajaran yang sering digunakan di peringkat pengajian tinggi. Kajian ini dijalankan bagi meneroka penerimaan pelajar dari segi kemudahan, manfaat dan keinginan terhadap aplikasi alat Web 2.0 berasaskan pembelajaran di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Alat Web 2.0 yang digunakan dalam kajian ini adalah Padlet, Kahoot!, MyLMS (CIDOS) dan Socrative. Kajian ini menggunakan rekabentuk empirikal dalam pengumpulan data primer secara kuantitatif. Set soal selidik diedarkan kepada pelajar semester 4 dan 5 Jabatan Kejuruteraan Elektrik yang terdiri daripada 4 bahagian iaitu demografi responden, penerimaan pelajar terhadap penggunaan alat web 2.0 dari segi kemudahan, manfaat dan keinginan. Dapatan kajian menunjukkan penerimaan pelajar dari segi tahap kemudahan adalah tinggi (min = 3, sisihan piawai = 0.559 ); tahap manfaat penggunaan adalah tinggi (min = 4, sisihan piawai = 0.502) dan tahap keinginan menggunaan alat web 2.0 juga tinggi (min = 4, sisihan piawai = 0.502 ). Pelajar semester 4 dan 5 didapati pernah dan berkebolehan menggunakan alat web 2.0 dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya, kajian menunjukkan penerimaan pelajar terhadap alat-alat web 2.0 telah diterima baik dalam membantu proses pembelajaran sebelum, semasa dan selepas sesi perkuliahan.

Published
2019-12-19