HUBUNGAN DI ANTARA KEBERKESANAN LATIHAN DAN KESAN MOTIVASI TERHADAP PRESTASI KERJA KAKITANGAN SEKTOR AWAM : KAJIAN KES DI POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI, JELI, KELANTAN
Abstract
Kajian ini dilaksanakan untuk menilai keberkesanan hubungan diantara kesan elemen latihan dan elemen motivasi terhadap prestasi kerja di kalangan kakitangan akademik Politeknik Jeli Kelantan dan Kolej Komuniti Jeli. Kajian ini telah dijalankan kepada 76 responden dan dilaksanakan melalui kaedah persampelan rawak mudah. Hasil dapatan daripada data kuantitatif diproses menggunakan perisian SPSS versi 24. Ujian Korelasi Pearson mendapati bahawa wujud hubungan positif diantara elemen motivasi dengan prestasi kerja danĀ latihanĀ dengan prestasi kerja. Manakala Ujian Regresi Berganda membuktikan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi dengan prestasi kerja. Begitu juga hubungan di antara latihan dengan prestasi kerja, terdapat hubungan yang signifikan di antara kedua-dua elemen ini. Di akhir kajian juga turut membincangkan implikasi serta cadangan kajian pada masa hadapan.