
Konvensyen KIK HB JPPKK 2023 merupakan salah satu platform bagi para pegawai di politeknik dan kolej komuniti untuk menggunakan pendekatan baru dan berbeza dalam melaksanakan sesuatu dasar atau perkhidmatan.
Sebagaimana peruntukan Pekeliling Transformasi Perkhidmatan Awam Bil. 1/2016, Konvensyen KIK HB JPPKK 2022 turut menumpukan kepada kepada penciptaan nilai, penambahan nilai, pengurangan kos, perkhidmatan yang memenuhi aspirasi dan harapan rakyat serta berimpak tinggi.
Bagi memastikan hasil aktiviti KIK dapat dimanfaatkan, setiap kumpulan perlu sentiasa menambah baik pengurusan KIK agar pelaksanaannya memenuhi konsep Cepat, Tepat, Integriti – Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi (CTI–PCI) serta menyokong Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS), prinsip Inovasi Nilai (Value Innovation) dan konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA).
