Panduan Pertandingan



1. Syarat-Syarat Penyertaan

  1. Penyertaan adalah dibuka kepada semua Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia.
  2. Projek yang menyertai pertandingan hendaklah merupakan projek yang telah selesai dijalankan sebelum tarikh akhir penyerahan dokumen dokumentasi projek kepada pihak urus setia
  3. Projek yang dipersembahkan mestilah belum pernah dipersembahkan dalam mana-mana Konvensyen KIK Negeri/Kebangsaan (Sektor Awam) pada tahun-tahun sebelumnya.
  4. Projek yang dihasilkan mestilah merupakan projek yang terbaru dan terkini.

2. Bidang dan Kategori KIK

2.1 Inovasi Sosial

  1. Inovasi sosial merangkumi kaedah penyelesaian baharu (idea, model dan perkhidmatan) yang mampu memenuhi kepentingan sosial dengan Iebih berkesan dan mengutamakan penglibatan rakyat secara menyeluruh.
  2. Fokus pelaksanaan inovasi sosial tidak hanya kepada pencapaian impak sosial semata-mata, malah memberikan penekanan kepada proses penglibatan rakyat dalam membangunan sesuatu inovasi.
  3. Ciri-ciri utama inovasi sosial adalah:

    • Pendekatan eksperimen yang berasaskan kepada bukti dan penemuan hasil pelaksanaan prototaip secara berulang untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
    • Jalinan rangkaian yang menggalakkan kerjasama dan kolaborasi merentasi pelbagai sektor termasuk agensi awam, pihak swasta dan individu dalam masyarakat.
    • Pembangunan inisiatif baharu oleh agensi Kerajaan bersamasama rakyat bagi rnemastikan penyampaian perkhidmatan yang menepati keperluan sebenar mereka.

2.2 Inovasi Penyampaian Perkhidmatan

  1. Inovasi penyampaian perkhidmatan merupakan terjemahan idea baharu yang kreatif dan inovatif untuk mencapai tahap transformasi penyampaian perkhidmatan kerajaan
  2. Inovasi ini bermatlamat meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan ke arah penyampaian perkhidmatan yang bersepadu dan lancar serta meningkatkan kepuasan hati pelanggan.
  3. Inovasi yang dihasilkan perlu mempunyai nilai tambah serta berupaya menyediakan perkhidmatan yang lebih inovatif, memperluas liputan perkhidmatan dan mudah diakses rakyat.
  4. Idea-idea ini boleh merangkumi penambahbaikan kepada sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi baharu dalam pelbagai aspek, antaranya termasuklah:

    • Pengurusan Strategik dan Kepimpinan Organisasi
    • Budaya Kerja
    • Kewangan dan Aset
    • Pengurusan Perhubungan Pelanggan
    • Pengurusan Sumber Manusia
    • Pengurusan Projek Pembangunan
    • Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
  5. Ciri-ciri inovasi penyampaian perkhidmatan adalah:

    • Memberi impak ketara dan positif kepada pelanggan.
    • Meningkatkan kecekapan dan mengoptimum kos dalam menangani kekangan sumber kewangan dan sumber manusia.
    • Memanfaatkan keupayaan teknologi terkini.
    • Memperkenalkan pendekatan penyampaian perkhidmatan baharu atau memantapkan kaedah semasa yang kurang berkesan.

3. Kriteria projek KIK

  1. Kreatif dan Inovatif

    • Idea baharu yang kreatif diterjemahkan melalui penghasilan projek berinovatif yang memberi manfaat kepada organisasi dan pelanggan
  2. Impak Positif Yang Tinggi Dan Menyeluruh

    • Organisasi – Meningkat kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan.
    • Pelanggan – Menepati standard perkhidmatan dan memenuhi ekspektasi pelanggan.
    • Rakyat – Memastikan keperluan sosial rakyat dipenuhi.
  3. Pulangan Nilai Terbaik

    • Penjimatan kos melalui pengoptimuman penggunaan sumber.
    • Penjanaan dan peningkatan pendapatan.
  4. Replikasi

    • Projek berpotensi diadaptasi secara terus atau diubah suai mengikut keperluan agensi.
    • Agenda replikasi perlu diambil kira pada peringkat penghasilan projek sebagai langkah awal pengembangan potensi projek.
  5. Pengkomersialan

    • Penciptaan dan pencapaian nilai baharu kepada pelanggan di pasaran.
    • Projek berupaya bersaing di pasaran serta mampu menjana pendapatan.
    • Agenda pengkomersialan perlu diambil kira pada peringkat penghasilan projek sebagai langkah awal pengembangan potensi projek.

4. Pembentukan Kumpulan

  1. KIK Primer

    • Sekumpulan kakitangan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya DUA (2) orang tetapi tidak melebihi ENAM (6) orang termasuk Ketua Kumpulan daripada agensi sama yang bekerjasama untuk melaksanakan projek KIK.
  2. KIK Hibrid

    • Sekumpulan kakitangan terdiri daripada dua atau Iebih agensi yang bersilang fungsi yang bekerjasama untuk melaksanakan projek KIK Hibrid.
    • Bilangan ahli tertakluk pada skala, kos, kategori projek dan dipersetujui oleh pihak yang melaksanakan projek.
    • Keanggotaan kumpulan yang mewakili Jabatan/Agensi/Bahagian masing-masing hendaklah seimbang atau pada bilangan yang munasabah.
    • Jabatan/Agensi/Bahagian yang terlibat dalam KIK Hibrid digalakkan untuk menyediakan suatu memorandum persefahaman secara bertulis bagi memastikan kepentingan semua pihak terpelihara.
  3. Pulangan Nilai Terbaik

    • Penjimatan kos melalui pengoptimuman penggunaan sumber.
    • Penjanaan dan peningkatan pendapatan.
  4. Replikasi

    • Projek berpotensi diadaptasi secara terus atau diubah suai mengikut keperluan agensi.
    • Agenda replikasi perlu diambil kira pada peringkat penghasilan projek sebagai langkah awal pengembangan potensi projek.
  5. Pengkomersialan

    • Penciptaan dan pencapaian nilai baharu kepada pelanggan di pasaran.
    • Projek berupaya bersaing di pasaran serta mampu menjana pendapatan.
    • Agenda pengkomersialan perlu diambil kira pada peringkat penghasilan projek sebagai langkah awal pengembangan potensi projek.