ICORTVET VIETNAM

2nd International Conference on Research in TVET studies held in Vietnam has been organized by PTSS


Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis baru-baru ini telah menganjurkan "International Conference On Research In TVET Studies 2018" (ICOR TVET) yang berlangsung di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam pada 10 September 2018. Seminar ini telah diadakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan juga IPN Education Group (IPN.org). Ini merupakan kali kedua pihak PTSS berkerjasama menganjurkan seminar di peringkat antarabangsa. Tema seminar ini ialah "Leveraging TVET". Dalam seminar yang diadakan ini sebanyak 72 kertas penyelidikan telah dibentangkan. Politeknik Malaysia dan Kolej Komuniti membentangkan sebanyak 69 kertas penyelidikan, 1 kertas penyelidikan dibentangkan dari Universiti Putra Malaysia dan 2 dari univeristi luar negara iaitu dari Bangladesh dan Jepun. Walaupun baru kali kedua PTSS mengadakan seminar ini di peringkat antarabangsa, ianya telah menarik minat universiti dari luar seperti dari Bangladesh dan Jepun untuk turut sama menyertai seminar yang diadakan ini. PTSS berharap seminar yang diadakan ini akan menarik minat lebih ramai lagi pensyarah dari PTSS, Politeknik Malaysia, Kolej Komuniti Malaysia dan juga universiti lain untuk menulis kertas penyelidikan dalam bidang TVET bagi memperkasakan TVET di Malaysia. Ucaptama seminar ini telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia (Governan), Ts. Haji Mohamad Amin Hamat dengan tajuk "Leveraging TVET". Kejayaan penganjuran Seminar "ICOR TVET 2018" ini merupakan sesuatu yang bermakna kerana ia telah berjaya memperkenalkan PTSS dan negara Malaysia di peringkat antarabangsa dan juga mengharumkan nama negeri Perlis di mana terletaknya PTSS sebagai salah satu daripada pusat pendidikan TVET.
Vietnam

Vietnam1

Vietnam2

Vietnam3

BukuProgram.pdf

You must be logged in to post comments on this site - please either log in from the Login box or from here.


No messages yet.

Recent Posts

Poll

Poll: Adakah anda pernah menggunakan perkhidmatan di UPIk PTSS

Chatbox

You must be logged in to post comments on this site - please either log in from the Login box or from here.


No messages yet.